Cialis within a new day-to-day dosage for Viagra 50mg Viagra treating impotence problems
Cialis is definitely an verbal doctor prescribed Viagra 100mg cialis product taken by men for the treatment 50mg cialisCialis is largely automobile tough consequences.
Malaysia, Thailand disaran bantu tingkat pelancongan
September 3, 2010 on 4:40 pm | In News Section | Comments Off2010/09/03
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata jika itu dilaksana, aliran pelancong ke tiga destinasi terbabit akan meningkat.
“Kita berharap untuk melihat lebih ramai pelancong yang melawat Langkawi dan Pulau Pinang akan mengunjungi Phuket dan begitu juga sebaliknya,” katanya kepada wartawan Malaysia pada majlis pengiktirafan komitmen dan sokongan pengusaha pelancongan Thailand, di sini malam tadi.
Ng yang berada di sini untuk memulakan lawatan kerja enam hari berkata sekalipun mempunyai ikatan daripada segi sejarah dan georgrafi, kedua-dua negara masih boleh bekerjasama erat kerana kedua-duanya memiliki produk pelancongan tersendiri.
Beliau memberi contoh sektor ekopelancongan Malaysia yang terkenal dengan hutan dara berusia 130 juta tahun dan kekayaan biodiversiti selain pengalaman membeli-belah sebagai antara produk yang berupaya menarik pelawat.
Ng juga mencadangkan ikatan sejarah membabitkan budaya Peranakan antara Pulau Pinang dan Phuket dipromosikan.
Pada majlis itu, beliau turut merasmikan pameran fotografi “Malaysia Through Eyes of the Thais” yang memaparkan 15 foto mercu tanda dan landskap Malaysia yang dirakam lapan jurugambar Thai.
Terdahulu Menteri Pelancongan itu melawat komuniti Peranakan di Phuket yang mendiami kawasan lama bandar di pulau peranginan itu. – BERNAMA
No Comments yet
Sorry, the comment form is closed at this time.
Powered by WordPress | Redefined by Reina Design